KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan menambah bilangan pegawai penguat kuasa syariah di negeri itu pada tahun depan, bagi memperkasakan jabatan dan badan agama di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Datuk Satipul Bahri Mamat berkata langkah itu diambil memandangkan jumlah penguat kuasa yang ada tidak mencukupi untuk menampung tugas-tugas penguatkuasaan syariah di Terengganu.
"Setakat ini kita ada 85 pegawai penguat kuasa, terdiri daripada 62 lelaki dan 23 perempuan.
"Jumlah ini memanglah kecil dan tidak mampu menampung pertambahan penduduk negeri yang sudah mencapai seramai 1.2 juta orang selain pertambahan satu daerah baharu iaitu Kuala Nerus," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Hilmi Harun (Pas-Manir) berkenaan bilangan penguat kuasa syariah di setiap daerah di negeri itu.
Selain itu, Satiful berkata kerajaan negeri akan menambah bilangan anggota sukarelawan penguat kuasa syariah bagi membantu tugas-tugas berkaitan.
Menurutnya, senarai nama anggota sukaralewan telah dikemukakan kepada Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk kelulusan, dan kini permohonan tersebut masih dalam pertimbangan.
"Kita masih menunggu kelulusan senarai nama daripada MAIDAM kerana mereka ada prosedur operasi standard yang perlu dipenuhi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022
Satipul Bahri pada sesi soal jawab pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Keempat Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman hari ini. - Foto BERNAMA
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
DUN bersidang tanpa pembangkang tetap berjalan baik - MB Terengganu
Kata Ahmad Samsuri, perkara yang paling penting adalah memastikan matlamat sesuatu sidang diadakan itu tercapai dan berjalan dengan baik.
Dewan Terengganu bersidang tanpa pembangkang
Ia berikutan kemenangan Perikatan Nasional yang menyapu bersih semua kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri, Ogos lepas.
DUN Terengganu bubar secara rasmi, kerajaan negeri ditadbir 'caretaker'
Bermula hari ini Terengganu ditadbir kerajaan negeri sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN kelak.
PRN: MB Terengganu menghadap Sultan mohon perkenan bubar DUN
Beliau akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN kepada baginda Sultan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.
PRN: Terengganu belum putuskan tarikh bubar DUN - Ahmad Samsuri
Tarikh-tarikh tertentu berkenaan PRN sudah difikirkan, namun, ia perlu dipersembahkan kepada Sultan Terengganu dahulu untuk diperkenan baginda.
Sidang DUN: Terengganu akan tambah pegawai penguat kuasa syariah tahun depan - Exco
Kerajaan Terengganu akan menambah bilangan pegawai penguat kuasa syariah di negeri itu pada tahun depan, bagi memperkasakan jabatan dan badan agama di negeri itu.
Sidang DUN: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus
Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu sudah mencapai kemajuan sebanyak 43.96 peratus setakat Oktober lepas.
PRU15: Terengganu timbang kesesuaian waktu untuk bubar DUN - MB
Ahmad Samsuri berkata, ia bergantung kepada kesesuaian dan waktu untuk memutuskan demikian.
Kerajaan Terengganu bayar RM472.78 juta hutang persekutuan - MB
Pada 2019, jumlah hutang yang dibayar ialah RM425.70 juta melalui pemotongan 25 peratus bayaran Wang Tunai Petroleum.
Akuapolitan Kuala Nerus akan diganti dengan projek lain
Meskipun telah dibatalkan, kerajaan negeri akan menggantikannya dengan projek lain demi manfaat penduduk.